KATA-KATA

Keinsafan adalah kematangan jiwa yang menjadikan peribadi yang kukuh dan tidak tergugat oleh pancaroba dunia.

Bajailah persahabatan itu dengan persefahaman dan saling mempercayai.

Sesuatu yang murni dan terpuji lahir dari jiwa yang suci, kerana itu manis jangan cepat ditelan dan pahit jangan cepat diluah.

SAIDINA ALI



Tiap2 percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia, tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai, tiap-tiap gerak yang tidak disertai penghambaan adalah kosong. Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan & tangannya, manusia mendapat kesejahteraan.